BANGI, 10 April (Bernama)-- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam daripada 25 inisiatif yang disasarkan tahun ini menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, sudah mencapai kejayaan membanggakan dalam tempoh 100 hari pertama pelaksanaannya.
Inisiatif tersebut merangkumi pelancaran 1Agenda KPM, penubuhan Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (PADU) dan PADU Corporation, pelancaran dan pengagihan saranan ibu bapa, pengujian guru bahasa Inggeris dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT), pelaksanaan Program Rintis Program Transformasi Daerah dan penyediaan video e-guru.
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kini telah siap dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.
Abdul Ghafar berkata pelan tersebut adalah hasil kaji selidik kementerian bermula September 2011 sehingga Mac lepas ke atas 8,000 responden terdiri daripada guru-guru, ibu bapa, murid-murid serta orang awam di seluruh negara.

PUTRAJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan dibentang kepada Kabinet Januari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelan yang lengkap kemudiannya akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat restu peringkat tertinggi itu, bagi pelaksanaannya tahun depan.
"Pelan yang kini berada di peringkat akhir setelah menerima laporan dan pandangan daripada pelbagai pihak, sudah diterima supaya ianya dapat dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Kita sudah banyak membuat perbincangan. Saya fikir tidak ada satu pihak yang terkecuali."
"Jadi langkah ini agak komprehensif dan lengkap dan sudah disediakan. Malahan kita tambah baik lagi kalau ada kekurangan kita lihat dalam tempoh dua tiga bulan lepas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis interaksi bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik Muda di sini, pada Jumaat.

SERDANG, 25 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 tidak mempunyai niat jahat atau tujuan terselidung bagi meminggirkan pendidikan bahasa Cina dan Tamil.
Beliau berkata kerajaan sememangnya bertindak adil terhadap semua jenis sekolah dan mahu meningkat kualiti pendidikan di semua aliran.
Mengulas dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kononnya PPPM boleh menjejaskan pendidikan di sekolah aliran Cina dan Tamil, beliau berkata ia adalah tidak betul sama sekali dan merupakan satu tanggapan salah.
Pejabat Pengurusan Projek
Pencapaian dan Hala Tuju Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E9, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Tel: +603 8872 1603
Faks: +603 8872 1607






![]() | Today | 332 |
![]() | Yesterday | 446 |
![]() | This week | 778 |
![]() | Last week | 4624 |
![]() | This month | 37854 |
![]() | Last month | 35598 |
![]() | All days | 188259 |