Video Pelancaran LAPPPM

::Portal Rasmi PMO::

Pelan Pembangunan Pendidikan Tidak Pinggir Sekolah Jenis Kebangsaan - Muhyiddin

SEGAMAT, 20 Okt (Bernama) -- Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas tidak meminggirkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata proses transformasi sistem pendidikan negara bukan hanya tertumpu kepada sekolah kebangsaan semata-mata sebaliknya merangkumi kedua-dua SJK tersebut.

"Ada pihak tertentu yang membuat cerita tidak betul apabila Perdana Menteri melancarkan pelan pembangunan pendidikan, mereka kata ia hanya untuk sekolah kebangsaan, saya nak jelaskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga masuk di dalam pelan pembangunan ini," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia di SJK(C) Li Chi di sini, Sabtu.

Read more...

 

Malaysia Satu-Satunya Negara Yang Iktiraf Pendidikan Cina - Najib

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang menggambarkan ia sebagai kepentingan besar, berkata tiada satu pun negara di rantau ini, sebagai contoh, mengiktiraf pendidikan Cina.

"Kita adalah satu-satunya negara di luar China yang mempunyai pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kita telah mengiktiraf pendidikan Cina di Malaysia, dan saya fikir ia adalah besar, mempunyai kepentingan yang besar.

Read more...

 

Satu Sesi Persekolahan Dilaksana Sepenuhnya Seawal Lima Tahun - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sistem satu sesi persekolahan dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata buat masa sekarang, kurang 20 peratus daripada keseluruhan sekolah di seluruh negara yang masih mengamalkan sistem persekolahan dua sesi.

Read more...

 

Muhyiddin Janji Bentang Laporan Pencapaian Sasaran Setiap Tahun

JOHOR BAHARU, 13 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan membentangkan laporan pencapaian sasaran setiap tahun berhubung pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Beliau berkata tahap pencapaian sasaran bagi melahirkan guru-guru efektif dan pelajar kritis di bawah pelan itu akan terkandung dalam laporan tersebut yang akan dibentangkan pada setiap akhir tahun.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia itu akan dicapai menerusi tiga fasa dengan fasa pertama bermula tahun depan sehingga 2015.

Read more...

 

Isu Pemantapan Profesion Perguruan Topik Utama Dialog Pelan Pendidikan 2013-2025

GEORGE TOWN, 6 Okt (Bernama) -- Isu pemantapan profesion perguruan menjadi topik perbincangan popular pada sesi dialog Hari Terbuka Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) di sini Sabtu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata tahap kompentensi guru, pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah, beban tugas guru, kewibawaan guru besar dan pengetua menjadi antara isu yang mendapat sambutan hangat peserta dialog berkenaan.

Read more...

 

Page 3 of 7

Hari Terbuka

Login Pengguna



Terima Kasih

Hubungi Kami:

Pejabat Pengurusan Projek
Pencapaian dan Hala Tuju Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 3, Blok E9, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Tel: +603 8872 1603
Faks: +603 8872 1607

Rekod Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday667
mod_vvisit_counterYesterday738
mod_vvisit_counterThis week3533
mod_vvisit_counterLast week27358
mod_vvisit_counterThis month36641
mod_vvisit_counterLast month35598
mod_vvisit_counterAll days187046

We have: 30 guests online
Your IP: 54.235.20.17
 , 
Today: May 23, 2013